Saturday, February 21, 2009

Bersiar-siar di Bukit Layang-layang...

Pada hari Selasa 17 haribulan febuari telah berlangsungnya Festival Layang-layang Antarabangsa selama 6 hari bermula 17 - 22 Febuari.Kali ini aku berkesempatan berjalan-jalan di sekitar Bukit Layang-layang tidak seperti tahun-tahun yang lalu.Walaupun cuma berkesempatan dua hari sahaja menjengok-jengok aktiviti yang diadakan tapi berbaloi gak la, penat jugak berjalan...nak citer panjang pegi jer kat http://mydeto.blogspot.com/ Kat sini aku lampirkan beberapa foto yang sempat aku ambik untuk tontonan semua...




Saturday, January 31, 2009

Titan oh Titan....



Keindahan loji Titan pada waktu malam....


Petikan dari bernama,

23 Januari, 2009 22:17 PM

S&P Turunkan Penarafan Kredit Titan

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Standard & Poor's Ratings Services (S&P) menurunkan penarafan kredit korporatnya ke atas Titan Chemicals Corp Bhd kepada "BB-" daripada "BB".

Penarafan itu kekal pada CreditWatch dengan implikasi negatif, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Titan ialah pengeluar bersepadu olefina dan poliolefina dengan kemudahan pengeluaran di Malaysia dan Indonesia.

"Penurunan penarafan itu mencerminkan kelemahan selanjutnya Titan dalam prestasi operasi kepada lima peratus bagi tiga bulan hingga 30 Sept, 2008, apabila kelembapan ekonomi serantau mulai menjejaskan permintaan untuk mendapatkan petrokimia," kata penganalisis kredit S&P Andrew Wong.

S&P tidak mempunyai butiran terperinci mengenai kemudahan bank yang didapati Titan kini.

Kecairan Titan tidak mencukupi, setakat 30 Sept, 2008, wang tunai dan persamaan tunai Titan sebanyak RM87 juta dan RM166 juta dalam pelaburan jangka pendek tidak mencukupi untuk meliputi kematangan hutang jangka pendeknya sebanyak RM901 juta, di mana sebahagian yang besar merupakan kemudahan kredit modal kerja yang tidak diperuntukkan, katanya.

"Kami percaya bahawa kejatuhan yang lebih mendadak dan lebih berpanjangan bagi pasaran petrokimia mungkin menjejaskan keupayaan Titan untuk menggulung matang kemudahan modal kerjanya. Sebarang pembaharuan kemudahan ini berkemungkinan menghasilkan kos pembiayaan lebih tinggi dan syarat pinjaman lebih ketat," katanya.

-- BERNAMA

KOMEN:-

  • Kita tunggu dan lihat jer la apa akan terjadi pada hari esok, hopely titan dapat bertahan dengan situasi yang getir ni.
  • Saper-saper yang dapat lubang lain tue, jangan dipersiakan VSS kan ada apply jer.
  • Saper-saper yang stay, kita tunggu jer la nasib kita macam mana......because "we love Titan!"

Monday, January 26, 2009

Football friendly match Titan vs Idemitsu


Titan vs Idemitsu ibarat buku bertemu ruas.....


Pada petang hari Rabu telah berlangsung perlawanan bola sepak antara Titan dan Idemitsu.Perlawanan ini telah dianjurkan oleh saudara Roslani yang telah lama menceburi bidang ini selama 10 tahun.Seramai lebih kurang 30 penyokong Titan telah hadir bagi memberikan semangat kepada wira kita.Menurut Roslani yang merupakan kapten team Titan berkata, " perlawan ini amat penting, kita harus mempertahankan maruah bola sepak Titan di mata masyarakat setempat, chayokk..chayokk..!!", sambil menggarukan kepala.


Pada separuh masa pertama, Titan telah mendahului Idemitsu dengan jaringan gol 2-3 yang disempurnakan oleh Bahrin dan Goku ( bukan nama sebenar ).Pada separuh masa kedua, team Titan telah menyumbat 2 lagi jaringan gol oleh En. Awie dan saudara Tajam. Permainan tamat dengan Titan menang ke atas Idemitsu sebanyak 4-3. Syabas diucapkan kepada team Titan.


We love Titan!!!!



Antara aksi menarik disepanjang perlawanan....



Antara penyokong yang turut hadir menyemakkan perlawanan.....






Mr teacher's pet dengan copper bikenya turut memberikan sokongan..apa yg penting..kerjasama..




Sesi warm-up oleh pasukan Titan sebelum perlawanan tidak diabaikan....




Bermulanya aksi separuh masa pertama yang sengit....





Penyokong setia yang sedang khusyuk menyaksikan perlawanan.....




Tamatnya separuh masa pertama....letih beb....



Babak separuh masa kedua yang semakin panas.....




Gaya ala-ala bintang bola sepak terkenal.....




Tamat perlawanan dengan Titan menang 4-3....



Sesi fotografi bersama penyokong cilik yang mempunyai minat yang mendalam dalam arena bola sepak....












Friday, January 23, 2009


Salam...

Belum lewat rasanya team B untuk mengucapkan salamat tahun baru 2009 kepada rakan-rakan seperjuangan.Semoga kehadiran tahun baru ini menjanjikan kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.Pada tahun baru ini ,Team B telah melahirkan blognya sendiri atas permintaan ahli-ahli team B dan tulang belakang Team B Tuan Hj Rosidi.Kepada ahli Team B, tahun baru ini kena kerja rajin-rajin ckit,tast list biler nak antar....kurang-kurangkanlah masa mengular tu....dan kepada ahli tagged,perjuangan perlu diteruskan......

Salam,
aku
 

Design By:
SkinCorner